This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Welcome to our website. We are Shaklee Independent Distributor since Julai 2013.

Bermula dengan menjadikan Shaklee sebagai jenama supplement yang dipercayai, kami kini menjadikan Shaklee sebagai jenama seisi rumah kebanggaan kami. Shaklee mempunyai produk line dari supplement semulajadi, penjagaan diri luaran yang bebas toksin dan lembut sehinggakan produk membersihkan rumah yang mesra alam dan bebas bahan toksin. Jadikan kami pilihan pengedar Shaklee anda yang dipercayai agar kami terus bersemangat memberi nilai yang terbaik dalam hidup anda.

Saturday 29 March 2014

PENAFIAN

DISCLAIMER/PENAFIAN
 
Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organik dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Maklumat dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun dianggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Wednesday 26 March 2014

TESTIMONI VIVIX - STROKE @ ANGIN AHMAR

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustriandi Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggikencing maniskolesterol tinggi, danmerokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

Monday 24 March 2014

VIVIX & OMEGA GUARD UNTUK PESAKIT STROKE

Apakah Yang Menyebabkan Strok?

Terdapat dua jenis strok yang utama, dan setiap satunya mempunyai sebab yang berbeza. Jenis yang pertama, strok iskemia, terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.
Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:

Gumpalan darah: Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.
  1. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
  2. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
  3. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

Tuesday 18 March 2014

TESTIMONI VIVIX - KESAN PENYAKIT DIABETES TERHADAP KESIHATAN MATA

Isu pemeliharaan penglihatan perlu ditekankan terutamanya di kalangan bapa (dan juga ibu) yang menghidap diabetes.  Kajian Mata Kebangsaan 1996 menganggarkan terdapat 63,000 individu buta dan 53,000 orang mengalami rabun teruk di Malaysia. 


Antara punca utama masalah ini ialah penyakit diabetes yang boleh memberi kesan sampingan buruk kepada mata. Penyakit diabetes ialah penyakit sistemik di mana badan tidak dapat mengawal kandungan gula, menyebabkan paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi. 


Peningkatan paras gula dalam darah juga memberi kesan terhadap sistem salur darah dan mengakibatkan serangan strok dan jantung, kegagalan buah pinggang serta kerosakan pada mata dikenali sebagai retinopati diabetis. 



Monday 17 March 2014

KANSER PROSTAT TAK KENAL USIA,PSA TURUN MENDADAK DENGAN VIVIX & NUTRIFERON

Tahukah anda, kanser prostat adalah kanser ketiga paling ditakuti lelaki di seluruh dunia? Pada 2008 saja, sebanyak 900,000 kes dilaporkan dan ia dijangka meningkat kepada 1.7 juta kes menjelang 2030.
Angka berkenaan tidak mustahil akan terus meningkat jika kaum lelaki masih tiada kesedaran terhadap penyakit paling ditakuti itu. Ramai yang tahu mengenainya namun ada juga yang ‘buat-buat tidak tahu’.
Perunding Klinikal Onkologi Pusat Perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Lam Kai Seng berkata, kanser prostat penyakit yang semakin meningkat dalam persekitaran tempatan disebabkan peningkatan dalam jangka hayat penduduk tempatan dan kemewahan yang semakin meningkat dalam gaya hidup dan diet yang mirip kepada penduduk barat.

Selain itu, perspektif kebanyakan lelaki yang tunggu sakit baru berjumpa doktor juga antara yang menyumbang ke arah meningkatnya bilangan pesakit kanser prostat di negara ini.

Foto

SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP??

Dah habis baca manfaat kita lihat pula siapa yang perlukan ESP ni: 1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik
2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat
3. Pesakit gastrik teruk dan sakit ulu hati
4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - memastikan bertenaga sentiasa
5. Penghidap kencing manis - memastikan bertenaga dgn paras gula yang selamat
6. Lelaki dan wanita yang ingin kekal bertenaga sepanjang hari
7. Orang yang alergik atau alahan.
8. Wanita yang ingin menguruskan badan
9. Pesakit kanser yang sedang dalam kimoterapi
10. Bekas pesakit chicken pox
11. Mereka yang ingin memudarkan parut
12- Mereka yang ingin mencerahkan kulit secara semulajadi untuk keseluruhan kulit badan
13- Mereka yang keguguran rambut - add on zinc
14. Mereka yang baru menjalani pembedahan supaya cepat pulih

Apa lagi..Jangan malu jangan segan ,


Hubungi Saya :

FB Norazila Wahid | 012-7317187 (sms/whatsapp) | fantaghiro8485@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click google +1 dan like :-)
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

Sunday 16 March 2014

APA ITU KANSER?


Kanser atau Barah berlaku apabila sel dalam badan kita tidak dapat dikawal.Biasanya sel dalam badan akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.

Namun adakalanya sel ini bertambah secara tidak normal dan sekiranya tidak dirawat,selnya boleh merebak kebahagian tubuh badan terdekat.Kadangkala sel barah yang terpisah dari tempat asal ketumbuhan boleh merebak ke organ lain.


Kebanyakkan kanser dirawat dengan kaedah pembedahan,radioterapi ( terapi seinar -x ) atau kemoterapi.Rawatan kemoterapi berfungsi dengan cara menghalang sel kanser daripada terus merebak dan bertambah.

Sel kanser itu akhirnya rosak dan mati.Memandangkan ubat disuntik kedalam darah,ubat itu juga boleh membunuh sel kanser di bahagian tubuh yang lain.

Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel kanser.Oleh itu gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik.Pada kebanyakkan keadaan,beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit.Hanya dalam kes-kes tertentu,sejenis ubat kemoterapi sahaja digunakan dalam rawatan.

Kekerapan rawatan kemoterapi dan tempoh rawatan adalah bergantung kepada jenis kanser,ubatan yang diberikan,tindak balas sel kanser terhadap ubat dan kesan sampingan ubat.Pesakit biasanya akan melalui ujian darah , sinar-x sebelum diberikan rawatan kemoterapi-sumber kementerian kesihatan

BAGAIMANA MAKANAN MENJADI SUMBER TENAGA UNTUK BADAN

Semua bahagian badan (otot, otak, hati, jantung, dll) memerlukan tenaga untuk bekerja. Tenaga ini datang dari makanan yang kita makan.

Badan kita menghadamkan makanan dengan mencampurkannya dengan cecair badan (asid dan enzim) di dalam perut. Apabila perut menghadamkan makanan, karbohidrat (gula dan kanji) di dalam makanan dipecahkan menjadi sejenis lagi gula, dipanggil glukosa.


Perut dan usus kecil menyerap glukosa dan melepaskannya dalam darah. Apabila berada dalam darah, glukosa boleh digunakan serta merta untuk tenaga atau disimpan didalam badan, untuk digunakan kemudian.


Bagaimanapun, badan kita memerlukan insulin untuk menggunakan atau menyimpan glukosa sebagai tenaga. Tanpa insulin, glukosa akan kekal dalam aliran darah, menjadikan paras gula dalam darah tinggi.


BAGAIMANA BADAN MENGHASILKAN INSULIN


Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh sel beta di dalam pankreas. Sel beta sangat sensitif terhadapa paras glukosa dalam darah. Biasanya sel beta memeriksa paras glukosa setiap beberapa saat dan merasakan bila ia perlu meningkatkan atau memperlahankan jumlah insulin yang ia hasilkan dan bebaskan. Apabila seseorang memakan sesuatu yang tinggi karbohidrat contohnya nasi, paras gula dalam darah meningkat dan sel beta akan
mencetuskan pankreas untuk membebaskan lebih insulin dalam aliran darah.




APA AKAN JADI SEKIRANYA TUBUH KEKURANGAN PROTEIN

Tanda-Tanda Tubuh Anda Kekurangan Protein
Adakah anda mengalami simptom2 berikut : ✔ Kulit wajah yang kusam?
✔ Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
✔ Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
✔ Rambut sering gugur?
✔ Lesu dan tidak bertenaga? Risiko Kekurangan Protein (umumnya): ✘Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
✘Kidney disease (penyakit buah pinggang)
✘Liver (penyakit hati)

VIVIX SUPER DUPER SUPPLIMENT

Adakah anda mengalami penyakit seperti Kanser? Diabetes? Stroke? Sakit Jantung? Lumpuh? Gout? Nak Berhenti Merokok? Sakit sendi? Nak sembuhkan luka? Resdung teruk? Rabun? Jerawat teruk? Mesti sekarang ni anda masih tercari-cari PENAWAR bagi masalah diatas kan,sebelum anda berputus asa mencari adalah lebih eloknya anda baca kecemerlangan produk yang saya nak cerita hari ni.



Produk ni sangat bagus.Ianya telah terbukti di seluruh negara malah ada yang telah jatuh cinta dengan produk ini hingga sanggup meninggalkan buah hati yang telah bertahun-tahun menjalinkan hubungan dengan anda...DASAT sungguh kalau ada yang berbuat demikian....hehehehehe



Nak tahu lebih lanjut? Bersedia untuk anda MELOPONG KEKAGUMAN....

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

Ramai yang sedia maklum tentang kehebatan VIVIX Dari SHAKLEE ni.Memang Awesome produk ni.Mane taknya ramai yang telah berpuas hati setelah mereka menggunakan VIVIX.

JOM kita tinjau apa reaksi mereka :-




SEJARAH VIVIX SHAKLEE

Hari ni saya nk kongsi tentang kebaikan Vivix Shaklee. Vivix banyak membantu mereka yang menghadapi penyakit kronik serta kanser. Kebanyakkannya adalah Diabetis dan sakit lutut. Penyakit SLE juga bole sembuh dengan Vivix ni.. Nnti kita baca testimoni pasal Vivix ni yer


Apa yang di maksudkan dengan VIVIX ni? Ramai dok citer2 pasal kebaikan Vivix Shaklee tapi tak tahu mana asal usulnya? Jom kite baca mana asal usul Vivix Shaklee ni.





Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkn ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pemgawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Thursday 13 March 2014

KEPENTINGAN DAN PERANAN PROTEIN UNTUK TUBUH

Protein amat di perlukan dalam badan untuk menjalan kan pelbagai fungsi tubuh kita.yang melaksanakan.Berikut adalah tanda2 anda kekurangan protein .Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.Berikut adalah antara kepentingan dan peranan protein dalam tubuh kita.



PERANAN PROTEIN:



  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.

  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).

  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.

  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.

  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

SUMBER PROTEIN:



Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu. 

JUMLAH KALORI DALAM MENU MASAKAN MALAYSIA

Sekiranya anda membaca entri saya sebelum ini, anda semestinya sudah mengetahui asas tentang apa itu kalori.Bagi yang belum tahu,boleh baca di sini ye.. Sila semak (say-mak, bukan sir-mak. hihi) nilai kalori dalam makanan yang kita selalu makan. Yang paling penting sekali u'all kena tahu asas pengiraan kalori.



Protein (pure)          - 1gram = 4kalori

Karbohidrat (pure)  - 1gram = 4kalori

Lemak (pure)          - 1gram = 9kalori (lemak mempunyai konsentrasi kalori yang tinggi. Contohnya minyak)



Ok. Berdasarkan pengetahuan asas ni, mari kita lihat kalori yang terkandung dalam menu popular masakan rakyat Malaysia.








Dua jadual ni untuk anda dapatkan gambaran kasar dan anggaran kalori dalam pemakanan harian anda. Jadi jika nak turunkan berat seperti yang diajar dalam entri saya sebelum ni, anda kena alert dan selalu buat anggaran berapa kalori anda dah ambil sejak pagi hingga malam. Sekarang kita lihat pula jadual aktiviti dan kalori yang boleh dibakar bagi setiap aktiviti. 


ADAKAH ANDA TERLEBIH KALORI??

Apa itu kalori?

Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga. Setiap makanan mempunyai kalori. Tetapi berlainan kuantiti.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga sama seperti kenderaan perlukan petrol, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan. Pada label makan diletak singkatan kcal.



Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak/ minyak: Didarab dengan 9 setiap gram kerana mempunyai konsentrasi kalori yang tinggi

TESTIMONI ESP

Assalamualaikum.....hari ini saya ingin berkongsi serba sedikit testimoni pengguna yang telah menggunakan produk ESP SHAKLEE ini.

Ramai yang telah berpuas hati dengan keajaiban yang terkandung dalam ESP ini.Mana taknya baru beberapa bulan menggunakan ESP sudah nampak keberkesanannya.Memang puas hati...

JOM kita lihat antara reaksi pengguna yang telah berpuas hati dengan ESP SHAKLEE ini : -

Tuesday 11 March 2014

TIPS PEMAKANAN SEMASA MENYUSU BADAN

Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat. Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat? Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada saya supplement sangatlah membantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.



Setiap ibu yang menyusu anak pasti mahukan yang terbaik untuk anak yang tersayang. Di sini saya kongsikan tips pemakanan dan diet LENGKAP yang boleh anda amalkan bagi memberikan kesan yang terbaik buat anda dan si manja. LENGKAP di sini bermaksud, bukan sahaja susu ibu bertambah dan melebihi permintaan si kecil malahan si ibu juga cukup sihat dan bertenaga!

Jom kita semak: Adakah nutrisi harian kita sebagai ibu menyusu adalah sihat, lengkap dan mencukupi?



Bayi akan mendapat segala zat makanan yang diperlukan melalui susu ibu.  Segala zat-zat yang diperlukan diserap daripada badan ibu dan disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Maka, jika ibu tidak mengambil zat makanan yang mencukupi, akan menyebabkan badan ibu yang akan mengalami ‘kesengsaraan’ akibat kekurangan zat makanan tertentu. Pengambilan makanan sihat seperti buah, sayuran, serat serta snek berkhasiat sangat-sangat digalakkan untuk memenuhi keperluan zat makanan ibu menyusu.

Monday 10 March 2014

TESTIMONI SET KURUS

Assalamualaikum...nak lihat testimoni pelanggan Shaklee yang dah berjaya turun berat badan? Secara asasnya, Set Kurus Shaklee terdiri daripada 3 peringkat.
Antaranya :-






Ramai sudah merasai perubahan ketara dengan menggunakan Set Kurus Shaklee. Dan ini testimoni - testimoni pengguna yang berat badannya turun dengan set kurus shaklee yang murah dan berkesan.



Sunday 9 March 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

Salam buat pengguna SHAKLEE yang awesome.Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang SET KESUBURAN SHAKLEE.

Ramai pasangan berkahwin masih belum dikurniakan zuriat. Sebagai seorang Islam kita terima ia sebagai ketentuan Tuhan. Tetapi Tuhan tidak menjadikan sesuatu takdir itu tanpa asbab (yang berarti sebab, alasan, dan illat) maka kita perlu meneliti bagaimana untuk berusaha mengatasinya. Bukankah takdir itu boleh diubah dengan usaha, doa, dan tawakal?

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?


Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"




set kesuburan shaklee, cara cepat hamil, masalah kesuburan lelaki, punca haid tak teratur, cara banyakkan air mani, kelebihan GLA Shaklee, kelebihan zinc shaklee, asid folik untuk mengandung, tips cepat hamil, tips nak mengandung


Pemikiran 'Ah takyah nak beli semua tu, kita serahkan pada takdir je" adalah dari golongan yang tidak faham apa itu takdir.
Sebelum saya cerita lebih panjang, harus saya ingatkan..Set Subur Shaklee ni bukan la set yang betul-betul menjanjikan.."kalau makan akan hamil" tak.. semua atas rezeki Allah jua kan.. yang penting kita ikhtiar..kan..
Ok jom..

Nak tau bagaimana setiap satu berfungsi?

TESTIMONI ALFALFA

Terdapat pelbagai fungsi dan kelebihan Alfalfa.



Ramai yang menunjukkan kesan positif hasil penggunaan Alfalfa dalam kehidupan mereka.Mari kita lihat beberapa testimoni di bawah :




Thursday 6 March 2014

TESTIMONI SET MENYUSU

Ramai yang berjaya meningkatkan pengeluaran susu apabila menggunakan set 3M. Tapi jangan dilupa ia perlukan kombinasi teknik yang betul bagi memastikan penghasilan susu sentiasa konsisten dan bertambah banyak.Untuk mengenali set mnyusu yang di tawarkan ,sila klik di sini. Mari kita lihat antara testimoni mereka yang telah berjaya dengan set menyusu ini:




KHASIAT DAN KELEBIHAN ESP SHAKLEE

KHASIAT DAN KELEBIHAN ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol