Saturday 1 February 2014

PUNCA RESDUNG DAN CARA ATASINYA

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya.

APAKAH SINUS ? (RESDUNG)
 



Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul dan seterusnya kuman bakteria akan membiak di dalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung. Jika saluran sinus tidak tersumbat, hingus cair pula akan sentiasa meleleh. Betul tak? Kerana apa? Kerana anda sedang menghadapi keradangan dan sistem imun anda gagal mengawalnya.

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif. Bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang kuat, bakteria ini boleh dihapuskan melalui antibodi badan. Tetapi bagi yang lemah sistem imun, pertahanan sedia ada perlu diagihkan kepada sistem lain organ lalu menyebabkan bakteria pada rongga sinus semakin bertambah. Tahukah anda apa bahan buangan bakteria ini? Jerawat batu dan hingus!

GEJALA / TANDA TANDA RESDUNG
Ø Hidung tersumbat.
Ø Lendir dari hidung dan tekak
Ø Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Ø Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Ø Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Ø Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

PUNCA RESDUNG

1 . ALAHAN

- Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
 
- Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul di dalam dan kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..
 
2. STRUKTUR HIDUNG 

- Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
 
3- GIGI ROSAK
- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
 
4- AIR KOTOR
- Di samping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam di dalam air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..

KEMUDRATAN RESDUNG 
♦ Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
♦ Jangkitan otak
♦ Sakit tekak yang kronik
♦ Jangkitan tulang muka
♦ Lelah menjadi lebih teruk
♦ Berdengkur secara kronik
♦ Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
♦ Alahan hidung  
♦ Selsema biasa yang melarat
♦Masalah kulit disekitar sinusitis seperti jerawat dan ulat


PETUA MENCEGAH RESDUNG
  1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
  2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang atau tidak basuh. Seminggu sekali tukar kerana sel kulit mati kita pada bantal adalah bahan organik, ia akan menjadi sumber makanan kepada parasit.
  3. Ringankan tangan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti. 
  4. Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah. 
  5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup panas.
  6. Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka terutama bahagian lubang hidung (PM kami untuk petua) 
  7. Elakkan makan makanan yang mencetuskan resdung 
Saya pinjam testimoni kawan saya Pn.Syuhana.Suami beliau antara pesakit resdung teruk. Ni gambar dia masa dikemuncak sakit resdung. Teruk kulit dia. Kalau zaman tu kenal Shaklee, insyaAllah dia tak sampai tahap begitu.
Tapi kini dia sudah boleh dikatakan bebas dari resdung. Kalau dulu kipas kena muka je bersin, sejuk lepas mandi bersin, jerawat jangan cerita, setiap masa. Bila selsema, sehari suntuk. Sampai naik kering kulit hidung. Adakah anda seperti beliau? Apakah anda nak teruskan hidup dengan masalah resdung? Suami Pn Syuhana telah mengatasinya! Produk ini terbukti. Ia selamat, cepat berkesan. Dan tanpa steroid (dadah) seperti kebanyakan produk resdung dalam pasaran. Apa tanda ada steroid? Bila anda berhenti consume, gelaja penyakit datang balik. 3 Pilihan untuk rawatan resdung dengan memperbaiki sel rosak, atau meningkatkan sistem imun, atau mengurangan keradangan.

1. Vivix

2. Nutriferon
3. Set resdung

Hubungi Saya :


FB Norazila Wahid | 012-7317187 (sms/whatsapp) | fantaghiro8485@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click google +1 dan like :-)
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA.

1 comment:

  1. Boleh cuba ubat resdung bella formula. Kesan seawal 3-7 hari.
    http://ubat-resdung.com/

    ReplyDelete