Wednesday 15 January 2014

B-COMPLEX

KESAN KEKURANGAN VITAMIN B

Mari lihat ahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram



Kesan akibat kekurangan vitamin B


Kelesuan
Tugas utama Vitamin B adalah bertindak sebagai koenzim untuk menghasilkan tenaga daripada makanan yang dimakan. Kekurangan Vitamin B boleh menyebabkan anemia, kelemahan dan ketidakupayaan otot. Contohnya kalau kita kekurangan Vitamin B12, kita boleh mengalami kegagalan pencernaan pada intestine yang tak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Ia juga boleh membawa kepada kes anemia yang serius dimana badan tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Ini membawa kepada kelesuan melampau dan menyebabkan pernafasan yang pendek sebab sel darah merah tak cukup untuk mengangkut oksigen kepada sel untuk berfungsi secara optimum.

Kecelaruan Sistem Saraf
Vitamin B Kompleks bertanggungjawab memastikan perkembangan dan fungsi sistem saraf yang sempurna. Masalah kognitif yang berpunca daripada kekurangan Vitamin B termasuklah kekeliruan, mudah tersentuh, tekanan dan susah untuk tidur. Sekiranya Vitamin B1 atau Thiamine yang kekurangan, tubuh mungkin tak mampu untuk mencernakan karborhidrat dan seterusnya menyebabkan beriberiataupun sindrom 'tak larat'. Beriberi menyebabkan seseorang itu mengalami kecelaruan dan pergerakan mata yang tidak terkawal. Kekurangan B3 yang sedikit boleh menyebabkan ketidakseimbangan mental dan kalau dibiarkankan tanpa dirawat boleh menyebabkan dementia. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan pembantutan perkembangan saraf pada jari tangan dan kaki dan seterusnya menyebabkan rasa kebas dan mencucuk.

Masalah Penghadaman
Memandangkan Vitamin B membantu dalam pemecahan karbohidrat, protin dan lemak, kekurangannya menyebabkan gangguan pada penghadaman. Vitamin B5 dan Biotin adalah bertanggungjawab terhadap kedua-dua pemecahan makanan kepada tenaga dan sintesis lemak. Kekurangannya boleh menyebabkan loya, muntah dan ketegangan abdominal. Walaubagaimanapun kekurangan Vitamin B5 dan Biotin selalunya hanya berlaku dalam kes malnutrisi yang teruk, kerana vitamin ini selalunya terdapat dalam hampir kesemua kumpulan makanan. Kita juga boleh mengalami cirit-birit sekiranya gagal mengambil Asid folik atau Niacin yang secukupnya.

Masalah Kulit
Tanda kekurangan B Kompleks yang biasa ialah masalah pada kulit. Kekurangan Vitamin B2 atau B6 boleh menyebabkan rekahan pada sekeliling mulut ataupun dikenali sebagai cheilitis. Rekahan dan luka boleh menjadi radang atau dijangkiti dan membawa kepada ketidakselesaan dan kesakitan. Radang yang dikenali sebagai dermatitis juga boleh berlaku disekeliling hidung dan mulut. Kekurangan Vitamin B12 boleh menyebabkan glossitis pada lidah.



B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. 

~Mudah di telan. 

~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin



Ingin dapat harga yang istimewa,
Hubungi Saya :

FB Norazila Wahid | 012-7317187 (sms/whatsapp) | fantaghiro8485@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click google +1 dan like :-)
* COD - Skudai; Gelang Patah; Bukit Indah; Perling; Tun Aminah; Tampoi; Bandar Baru Uda; Kempas; Mount Austin, Larkin; Taman Pelangi; Permas Jaya; Ulu Tiram; Masai; Pasir Gudang; Johor Bahru amnya dan pos laju ke SELURUH MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment